Web Toolbar by Wibiya
  

Spesies Wahoo



Wahoo atau nama saintifiknya Acanthocybium Solandari adalah terdiri dari keluarga Scombridae. Merupakan haiwan laut terpantas yang mengatasi tahap renangan lumba-lumba, mersuji dan juga layaran. Bersaiz lebih slim dan aerodinamik memanjang berbanding layaran, Spesies Wahoo mampu membuat pecutan yang luar biasa sehingga lebih kurang 110 km/j kelajuan jalan raya.

Spesies Wahoo amat jarang diperolehi oleh kaki-kaki pancing Semenanjung sebaliknya sering ditawan di perairan laut dalam Sabah. Sebab tu ramai kaki-kaki pancing dari semenanjung kurang arif tentang spesies wahoo ini.

Adakalanya, spesies wahoo ini digelar tenggiri aya ataupun tenggiri belang disebabkan oleh bentuknya yang seakan-akan menyerupai ikan tenggiri. Namun begitu, perbezaan amat jelas dapat dilihat pada bentuk badan dan warna belangnya. Spesies wahoo memiliki warna belang hitam kebiruan yang lurus dan tegak. Manakala tenggiri pula memiliki belang hijau dan kehitaman yang agak kecik dan tidak berapa lurus kedudukannya.

Jika dilihat, spesies wahoo memiliki bentuk yang lebih menarik berbanding tenggiri. Tetapi jika dibandingkan dengan tenggiri, rasa spesies wahoo agak kurang menyelerakan. Dagingnya agak sedikit keras dan tebal berbanding tenggiri.

Spesies wahoo boleh membesar sehingga hampir sekali ganda tenggiri, iaitu,  8 kaki dengan memiliki berat di antara 80 hingga 100 kilo. Saiz yang agak bagak..!!

Bagi habitat pula, spesies wahoo lebih menggemari kawasan air jernih yang bersih dan dipenuhi ikan epipelagik yang hidup sekitar 0-12 meter dari permukaan yang memilih anak-anak ikan dan sotong sebagai diet pemakanan mereka. Dan kebiasaannya, boleh ditemui di kawasan pinggiran pulau, di mana wujudnya kawasan jurang laut di terumbu karang dan kepulauan cincin. Diantara lubuk-lubuk yang boleh dirujuk di perairan Malaysia adalah sekitar kawasan Tukun Perak, Pulau Jarak dan di sebelah timur Pantai Aur dan Redang. Ia juga boleh ditemui di sekitar luar kawasan telaga minyak pantai Terengganu menghadap ke Laut China Selatan. Spesies wahoo dikatakan mudah ditemui di sekitar Kepulauan Spratly, Terumbu Lucornia dan juga Layang-Layang. Dimana ia merupakan kawasan subtropika dan tropika termasuk Carribean dan juga Mediterranean.

0 Responses to "Spesies Wahoo"