Web Toolbar by Wibiya
  

Aku Mula Memancing

  Suatu ketika dulu, aku merupakan seorang yang tak berminat dan tak tahu memancing, sedangkan abgku yang sulong merupakan seorang pemancing walaupun bukan bersifat pemancing tegar. Aku ingat lagi masa zaman remaja aku, ramai rakan2 sebaya aku adalah pemancing. Tapi aku hanya lebih  berminat duduk di rumah dan keluar petang2 untuk bermain bola bersama rakan2 yang lain.


  Ketika tamat pengajian di salah sebuah institusi pengajian tajaan MARA pada tahun 2000, aku mula bekerja di salah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan aktiviti oil and gas dan juga marine engineering. Pekerjanya tidaklah berapa ramai, memandangkan sebuah anak syarikat bumiputera yang kecil. Namun begitu, kebanyakan projek yang dijalankan adalah bersaiz mega hingga menyebabkan boss terpaksa mengambil beberapa pekerja kontrak.

  Di situ, ada beberapa rakan2 aku adalah kaki pancing. Maklumla, kesemuanya dari kami adalah anak kampung...Setiap petang selepas pulang dari kerja, ada beberapa rakanku yang asyik dengan aktiviti memancing..Boleh dikatakan setiap petang jika ada kelapangan mereka akan memancing hingga lewat malam. Tapi aku akan terus pulang untuk bermain bola bersama2 rakan sekampung.

  Hendak dijadikan cerita, suatu petang, rakanku Joe (dari Terengganu) bertanyakan kepada rakanku Sani (budak Segamat) tentang perancangan memancing mereka pada petang hari. Adakah perancangan mereka akan terus berjalan seperti yang dirancangkan sebelum nie. Aku yang sedang duduk di sebelah Sani hanya mendiamkan diri sambil menghisap rokok. Mereka merancang untuk memancing di kawasan Tanjung Langsat. 

  Tiba-tiba, seorang dari rakanku  Azhari (dari Pontian) menyampuk untuk menyertai mereka pada petang itu. Mereka terus merancang untuk membawa umpan dan pelbagai peralatan memancing. Tapi aku hanya terus mendiamkan diri.

  Sedang asyik mendengar perancangan mereka, secara tiba2 tanpa aku sedari, aku telah menyatakankepada  mereka untuk turut serta dalam aktiviti yang dirancangkan. Mereka agak terkejut dengan soalan yang aku ajukan kepada mereka. Mana taknya, sebelum nie, ada beberapa kali mereka mempelawa aku untuk turut serta, tetapi, mentah2 aku tolak tawaran mereka kerana diatas dasar tak tahu memancing.

  Dengan reaksi yang agak terkejut, mereka bertanyakan kepada aku tentang peralatan memancing. Dengan selamba aku menjawab aku bole menggunakan peralatan memancing milik abang aku. Tapi aku menyuruh Sani melengkapkan peralatan memancing aku seperti memasang tali dan mengikat perambut. Sani bersetuju untuk membantu kerana aku sememangnya tak tahu langsung..!!

  Seperti yang dirancangkan, aku bertemu rakan2 di tempat kerja pada masa yang dijanjikan. Hanya berbekalkan peralatan memancing yang x seberapa hebat, joran ntah apa jenamanyer ntah, mesin banax 2 bearing dan juga beberapa mata kail dan tali pancing, kami terus bergerak ke lokasi yang diimpikan. 

  Setibanya aku dilokasi, tiba2 rakan sekampungku menelefon aku dan bertanyakan bahwa aku bermain bola atau tidak pada petang itu. Aku hanya menjawab tidak dan menyatakan yang aku sedang memancing. Agak terkejut juga rakanku itu, sebab, setahunya aku bukanla seorang pemancing dan sememangnya tak pernah terbabit dalam xtvt tersebut..Kerana rakanku Fuad itu adalah seorang pemancing hardcore..!! Beliau merupakan seorang pemancing tegar sejak tamat persekolahan dulu..

  Sedang asyik memerhatikan rakan2ku, Sani, Joe dan juga Azhari melengkapkan peralatan mereka, aku terus duduk sambil menghisap rokok dan membelek2 umpan yang dibeli di Kong Kong. Maklumla...x tahu nak buat apa...orang semua tahu nak ikat mata kail...aku mampu tengok jer la..

  Setelah Sani siap melengkapkan peralatannya, dia terus memasang umpan dihujung mata kail. Dan....zuusss!!! Sani menghayunkan jorannya. Agak jauh juga balingan Sani...Setelah selesai membaling dan mengikat jorannya di tiang, Sani datang membantu aku memasang peralatan memancing aku..Dia mengajar aku mengikat mata kail..perambut semua telah disiapkan oleh Sani sendiri...(aku pinjam jer..).

  Setelah itu, Sani menunjukkan aku cara2 membaling dan menghayun joran. Aku cuba beberapa kali walaupun digelakkan oleh mereka. Akhirnya aku berjaya membuat balingan yang boleh tahan jauhnya (standard newbie). 

  Beberapa minit masa berlalu, Sani, Joe dan juga Azhari telah pun memperolehi hasil mereka. Aku masih terus menunggu dan menunggu. Sedang asyik khayal melayan desiran angin sambil menghisap rokok, tiba2, joranku begoyang dengan kuat. Aku menjerit.."Sani..!!". "Sentap jer..!!", Sani membalas. Dengan skill yang agak kurang aku terus menyentap joran dengan agak kasar..

  Aku melayan mangsa yang ganas sambil diajar oleh rakan2ku. "Wei..!! Tak laratla aku nak kayuh..!!", aku mula kepenatan. "Pelan2 jer...", Sani membalas. Setelah beberapa minit melayan kerenah mangsa, akhirnya, mangsa tewas dan aku berjaya menaikkan mangsa menggunakan joran 4 kaki tanpa brand ke darat. "Pehh!! Tebal pipi tu..!!", jerit Sani. Joe dan Azhari terus mendapatkan aku untuk melihat hasil yang ditewaskan. Ya..!! Tebal pipi sebesar 2 tapak tangan yang berat x sampai 2 kilo adalah hasil pertama terbaikku..!! Aku berasa bangga dengan hasil yang diperolehi kerana malam itu aku merupakan pemenang dengan hasil tangkapan yang agak mewah dari mereka.

  Setelah berjam2 memancing sehingga umpan pun habis. Kami memutuskan untuk pulang ke rumah dengan hasil masing2. Aku membawa pulang tebal pipi ke rumah dengan bangga. Di situlah titik permulaan aku mula memancing. Melayan seekor tebal pipi umpama menarik seekor lembu dalam air..!! Ditambah pula, Fuad, rakan sekampungku, mula kembali aktif memancing setelah mengetahui akan hobi baruku. Dan kami selalu merancang xtvt memancing hujung minggu walaupun bukan bertaraf hardcore...


* maaf x dpt nak siarkan gambar kerana x terfikir langsung pada masa tersebut...
  




Diary Ngail

  Selamat datang ke blog Diary Ngail. Sebuah travelblog tentang sukan dan rekreasi memancing. Bukan merupakan sebuah blog peribadi sepenuhnya, tetapi, blog yang akan berkongsi tentang tips memancing, lubuk pancing, dan pelbagai info-info menarik yang sentiasa akan dikemaskini dari masa ke semasa.


  Blog Diary Ngail sesuai untuk dijadikan rujukan bagi mereka yang baru menceburi bidang sukan mancing ini. Bagi mereka yang telah bergelar otai atau telah advance, anda digalakkan (bukan paksaan) memberi atau berkongsi ilmu reakreasi sukan memancing ini.


  Blog Diary Ngail ini juga bertujuan untuk mencari dan menambah kenalan dikalangan kaki pancing supaya dapat bertukar-tukar buah fikiran atau idea dan juga berkongsi pengalaman masing-masing di dalam dunia pancing. Disamping itu, bagi mereka yang berminat untuk berkongsi-kongsi pengalaman dunia pancing untuk disiarkan di blog Diary Ngail, anda digalakkan menghubungi saya di faiziblogger@gmail.com.


  Coretan dan paparan yang akan disiarkan di blog Diary Ngail akan cuba diklasifikasikan dengan pelbagai bahasa mengikut citarasa pengelola. Diharapkan anda semua akan terus mengikuti perkembangan Diary Ngail dari masa ke semasa.