Tahukah anda? Sebenarnya pemancing perlu mempunyai dan mematuhi etika sebagai seorang pemancing. Etika-etika inilah yang menilai perilaku anda sebagai seorang pemancing yang dihormati. Di sini ada beberapa etika pemancing yang mungkin membantu anda untuk dipraktikkan setiap kali memancing, supaya orang ramai tidak memandang serong terhadap anda.
Antara etika pemancing yang perlu dipraktikkan ialah:
- Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja. Anak-anak ikan atau spesies yang tidak diingini, lebih baik dilepaskan kembali untuk terus membiak.
- Jangan membuang sampah merata-rata. Sampah-sampah makanan atau botol-botol minuman sebaiknya dibuang ke tempat yang disediakan. Jika kawasan pancingan anda tidak mempunyai tong sampah, bekas-bekas dan sampah yang dibawa seelok-eloknya dibungkus dan dibawa pulang.
- Tingkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot. Anda digalakkan belajar dan berkongsi ilmu-ilmu memancing supaya pengetahuan dan pengalaman terus tersebar dan dapat dipraktikkan.
- Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot. Ini amat penting untuk menjamin keselamatan anda dan setiap pemancing yang berada bersama di dalam bot.
- Hormatilah peraturan padang pancing persendirian. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pemilik padang pancing persendirian haruslah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan perselisihan paham antara pemilik dan pemancing.
- Sebarkan pengetahuan. Bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman tentang padang pancing atau infomasi lubuk pancing.
- Menyokong pemeliharaan alam sekitar tempatan. Bagi mengekalkan keindahan alam semulajadi dan menyokong kitaran kejadian ekosistem supaya akan terus kekal dan terus terjamin.
- Jangan melepaskan ikan dan tumbuhan ke perairan awam. Bagi mengelakkan sebarang kepupusan atau pencemaran spesies ikan.
- Membangunkan sukan memancing. Memberi sokongan moral terhadap aktiviti sukan memancing.
Dengan itu, beberapa etika pemancing ini perlu dipraktikkan oleh setiap pemancing bagi memastikan segala aktiviti memancing dapat dijayakan dengan sihat dan bermoral.
Written on Friday, 13 January 2012 by Unknown
Etika Pemancing
Filed Under:
Etika Pemancing
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (RSS)
0 Responses to "Etika Pemancing"
Post a Comment